Sunday 2 October 2011

Dua Kali Lafas Da...Nabil Kahwin


Dengan hanya dua kali lafaz sahaja akhirnya Ahmad Nabil Bin Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak telah sah menjadi suami kepada Nazirah Binti Ayub, dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya pada hari jumaat yang lalu sekitar jam 5 petang, sambil dikelilingi kaum keluarga daripada kedua-dua belah pihak..
Pada majlis pernikahan tu, Nazira menerima RM300 sebagai duit mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran berserta sebentuk cincin berlian bernilai RM3,000. dan 7 dulang hantaran yang terdiri daripada tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran.
Manakala Nabil pula menerima sembilan dulang hantaran balas yang terdiri daripada sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan dan kek fonding.
Sementara menunggu gambar persandingan Nabil yang diadakan di i-City, Shah Alam, Selangor… apa kata kita layan dulu gambar di majlis pernikahan Nabil dan Nazira kat bawah ni….
nabil nikah
majlis pernikahan nabil
nabil dan nazira nikah
majlis pernikahan nabil dan nazira
nabil nikah dengan nazira
majlis pernikahan nabil
gambar nabil nikah

No comments:

Post a Comment